Sabtu, 5 Februari 2011

INI UNTUK ANDA DAN KELUARGA TERSAYANG

"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..."

Surah Al baqarah : Ayat 240
ADAKAH ANDA TAHU...?KAJIAN JABATAN BURUH TENTANG PEKERJA-PEKERJA DI MALAYSIA.
100 life story of working people.....
  • Dari 100 orang itu hanya 1 orang sahaja yang kaya...
  • 4 orang bebas dan hidup secara biasa sahaja
  • 5 orang masih bekerja untuk berasa senang sedikit
  • 12 orang di dalam keadaan bankrupt
  • 29 orang mati awal sekitar umur 50-an kebawah
  • 49 orang lagi banyak bergantung dan hidup susah,kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
YANG MANA SATU ANDA PADA KETIKA ITU.
Ramai orang salah membuat perancangan, termasuk perancangan kos perubatan.Sepatut kita perlu ada tambungan kecemasan sekiranya kita di timpa musibah.Kebanyakan orang 70% dari gaji di habiskan untuk pinjaman dan 30% untuk perbelanjaan.Dimanakah simpanan untuk masa hadapan kita yang belum tentu selalunya cerah.

RANCANGLAH KEWANGAN ANDA DARI SEKARANG

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dalam financial planning seperti yang pernah dibincangkan dalam kursus FP yang pernah saya hadiri

Ada pendapat (dari FP Cina) menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun ia seperti bagaimana anda menjalani hidup anda sekarang.

Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu

1/3 untuk tidur / berehat
1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa


Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima income, pengurusan kewangan kita, terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-

1/3 untuk simpanan & pelaburan
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman (tips – bayaran kereta tak lebih dari 15% gaji anda. Bayaran rumah 20% dari gaji anda.
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa

Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansurans TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.

Of course, dalam kehidupan sebenar, anda boleh adjust sedikit nisbah di atas, untuk menyesuaikan diri seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk keperluan semasa dan 35% untuk bayaran hutang. But roughly, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan.

1/3 Gaji untuk Simpanan dan Pelaburan

Jika anda bergaji RM 4000 ( termasuk isteri dan suami ), 1/3 dari gaji = RM 1333.33 atau RM 1300. Lihat bagaimana sy membahagi RM 1300 kepada beberapa bahagian dalam merancang kewangan :

——————— ————- —————————————-
BINA DANA PERSARAAN ANDA SENDIRI – Jangan harap pada KWSP atau pencen kerajaan sahaja. Ingatlah kesan INFLASI

Melaburlah di Saham Amanah
Sama ada anda perasan atau tidak, saham amanah adalah instrumen pelaburan yang mempu memberikan pulangan antara 9 – 15% setahun untuk jangka masa panjang.

Jika anda menyimpan dari gaji anda – RM 400 / sebulan, dengan kadar pulangan purata 15% setahun, ia mampu menjana dana persaraan anda RM 380 000. JIka ada bajet lebih anda boleh tambah pelaburan RM 500 RM 600 atau RM 1000/sebulan jika mahu.

Jika anda mempunyai KWSP, anda boleh mengeluarkan sebahagian dana dari Akaun 1 untuk dilaburkan di Saham Amanah. Jika anda keluarkan RM 20 000 , dalam masa 20 tahun, dengan pulangan purata 12% setahun, ia mampu menjada dana persaraan anda sebanyak RM 658 379. 00. Jika anda masih kekalkan RM 200000 di KWSP dengan pulangan purata 5% setahun, ia hanya menjana 67 727 shj. sila lawati www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP

—————– ——————————- ———————————
WARISKAN GAJI ANDA PADA KELUARGA TERSAYANG

Sebelum anda sebagai PENCARI NAFKAH keluarga ditimpa musibah, binalah benteng perlindungan gaji anda. Jika musibah menimpa tanpa benteng untuk menampan kesannya, keluarga anda bakal ditimpa satu lagi musibah iaitu BENCANA KEWANGAN disebabkan kehilangan punca pendapatan keluarga.

Binalah Perlindungan ke atas Gaji anda
Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di TAKAFUL/INSURANS BERKAIT PELABURAN , ia mampu menjana benteng perlindungan pendapatan sebanyak RM 300 000 sekiranya PENCARI NAFKAH meninggal dunia / lumpuh kekal. Sy cadangkan RM 300 /sebulan.

RM 300 000 jika dilaburkan dengan pulangan purata 10% setaun , ia mampu menjana pendapatan RM 30 000 /setahun untuk waris / keluarga meneruskan kehidupan.

———————— ——————————- ————————————–

ANDA SEBAGAI SUMBER DANA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN IPT ANAK

Dalam masa 20 tahun dari sekarang, jika anak anda berumur 1 tahun, simpanlah RM 150 sebagai permulaan bagi setiap anak anda di saham amanah bagi memenuhi IMPIAN ANDA MELIHAT MEREKA KE MENARA GADING tanpa perlu bersusah payah mencari sumber untuk meminjam bagi membiayai pendidikan mereka.

——————— —————– ———————————————————

BIAR ORANG LAIN BAYAR KOS PERUBATAN DAN RAWATAN PENYAKIT BIASA/KRITIKAL DI HOSPITAL

Dengan memperuntukkan RM 150 – RM 200, anda mampu memnyediakan dana RM 60 000 dalam sekelip mata bagi setiap ahli keluarga anda jika salah seorang dari anda mahupun kesemua ahli mendapat rawatan bagi penyakit biasa atau kritikal di Hospital swasta.

Anda mungkin ditanggung insurans company tempat anda bekerja, tetapi adakah anda akan bekerja dengan mereka walaupun anda sudah berumur 56 tahun ? Jika company anda gulung tikar, adakah mereka masih menjaga kebajikan keluarga anda ? Ingat, kebanyakan penyakit akan muncul lepas anda berumur 50 tahun.

Kos rawatan yang tinggi mampu merentap poket anda sehingga KOSONG jika anda tidak mempunyai apa – apa perlindungan perubatan. Adakah anda relah menggunakan wang KWSP atau dana persaraan anda bagi membiayai kos rawatan penyakit ?

——————– ——————- ——————————————————-

KESIMPULAN

Mari kita lihat sama ada allocation gaji tadi memenuhi 1/3 dari gaji anda yang disarankan untuk simpanan dan pelaburan.

Dana Persaraan + Dana Pendidikan Anak + Plan Perlindungan Gaji + Dana Perubatan

RM 400 + RM 300 + RM 300 + RM 200 = RM 1 200 / sebulan bagi merancang kewangan anda.

RM 1 200 masih kurang RM 1300 (1/3 GAJI ). Lebihan RM 100 anda boleh manfaatkan untuk tusyen anak dan lain2.

Jika anda mampu allocate gaji untuk tujuan simpanan dan pelaburan lebih dari 1/3 gaji, ia adalah sangat digalakkan.

Allocation diatas tidak semestinya diikuti, tapi ia menjadi contoh dalam merangka plan kewangan anda. Ia bergantung kepada keadaaan kewangan anda sekarang dan matlamat kewangan anda.

Sy mempunyai kalkulator kewangan untuk lebih memudahkan, jika anda mahukan cadangan perancangan kewangan, email kepada sy dan sy akan hantar satu borang maklumat untuk anda isi. Kemudian sy akan memberikan proposal kepada anda mengenai perancangan kewangan.

——————– ————————- ——————————

PENUTUP

Bertindaklah dari sekarang dalam merancang kewangan anda. Ia memang perlu. Bagi memastikan kewangan anda tidak berada dilandasan yang salah dan membinasakan kehidupan persaraan anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan